"bila workout bukan kita kena kurang makan ke?" "kena diet kan? jangan makan nasi kan?" " tapi, tak gemuk ke kalau makan selepas workout?"
soalan-soalan yang kerap kali diajukan oleh mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan gim. Betul!! memang kena Diet! Tapi Salah! jika anda KURANG MAKAN! hah! kena la makan mengikut kadar yang diperlukan oleh badan , sebab, mana nak datang tenaga kalau tak makan? macamana nak baiki balik otot-otot selepas bersenam?
Dari 24 jam sehari, Kita di gim bersenam dalam 1 hingga 2 jam, baki 22-23 jam adalah dimana pertumbuhan otot bergantung dengan apa yang masuk dalam badan atau apa yang kita tak masukkan dalam badan!
Mari Cuba Garis panduan dibawah:
10 CARA MAKAN UNTUK OTOT
1. EAT REAL FOOD - Makan makanan sebenar! jangan bergantung semata dengan minuman protein anda. tidak dinafikan minuman protein merupakan makanan SAMPINGAN yang dapat membantu membekalkan kandungan protein yang cukup. Tetapi anda juga perlu makan makanan yang berbentuk "MAKANAN" bukan cecair. contoh : Daging, Kekacang, sayur-sayuran yang membantu pertumbuhan otot.
2. BANGUN & MAKAN - Bagi mereka yang ingin membesarkan badan (GAIN MASS) anda digalakkan untuk bersarapan sebanyak 2 kali sehari. Ini bagi membantu mengisi kembali glikogen dalam Hati & untuk menamatkan proses katabolism yang mengurangkan otot pada waktu malam. Sarapan pertama yang dicadangkan 2 Scoops protein Whey dan juga fast-digesting carbs seperti roti. selang 60 minit kemudian makan makanan sarapan yang mengandungi protein berkualiti (telur) dan Slower burning carbs (seperti oatmeal)
3. KAWAL PENGAMBILAN - Adalah amat penting untuk anda mengawal dan memastikan yang anda makan secukupnya untuk membantu pembesaran otot. cuba menggunakan Food Diary yang penuh dengan butiran pemakanan seharian anda.
4. PENGAMBILAN DAGING - Adalah penting untuk mendapatkan kandungan protein secukupnya, tingkatkan pengambilan daging seperti ayam, turkey dan daging merah.
5. WHEY PROTEIN SEBELUM & SELEPAS BERSENAM - Mengikut kajian mereka yang mengambil protein sebelum dan sejurus selepas abis bersenam dapat menghasilkan lebih kompaun CDK2 berbanding mereka yang tidak mengambail ketika bersenam
6. JANGAN ABAIKAN KARBOHIDRAT - Bagi mereka yang ingin membesarkan badan (GAIN MASS) makan sebanyak mungkin karbohidrat 2-3 grams per pound daripada berat badan. karbohidrat mengandungi kalori yang diperlukan untuk pembesaran dan glikogen untuk menjana tenaga untuk intense lifting. contohnya brown rice,oatmeal, dan sweet potatoes.
7.MERANCANG TERLEBIH DAHULU - selalunya anda mesti rasa penat selepas balik dari gim dan malas nak masak! cuba sediakan makanan-makanan terlebih dahulu, yang hanya perlu dipanaskan bila perlu. bukan fast food! tapi makanan yang korang sediakan dan masukkan dalam freezer. ini untuk memastikan anda memilih makanan sihat dan mendapat nutrisi yang secukupnya
8.MAKAN SEBELUM TIDUR - Sebelum tidur, cuba makan makanan berkombinasi slow digesting casein & healthy fat.
9.MAKAN SEKERAP MUNGKIN MENGIKUT JADUAL - Makan sekerap mungkin boleh membuat anda kenyang tapi bukan tahap kenyang meng-ular, dan dapat memberi otot anda sumber nutrisi dalam kadar konsisten. isyarat lapar selalunya menandakan bahawa badan memasuki keadaan katabolik, cuba makan 8 kali sehari. termasuk sebelum dan selepas bersenam
10. MAKAN SEBANYAK MUNGKIN KALORI - Otot merupakan bahagian tisu yang paling aktif,maka ia memerlukan kalori yang cukup untuk membesar. tapi ini bukan bermaksud anda boleh makan pizza , mcd sesuka hati! pilih makanan yang berkualiti!
No comments:
Post a Comment