Friday, 8 November 2013

Faedah-Faedah Aerobik



Fahami Kelebihan Aerobik

Aerobik membawa maksud 'dengan oksigen' manakala senaman aerobik ini boleh didefinisikan sebagai jangka masa panjang melakukan rutin senaman yang bermula dari impak rendah, sederhana hingga maksima sebelum disudahi dengan irama perlahan kembali. Aerobik boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dan maksima lima kali seminggu. Daya intensiti dalam aerobik adalah mengikut keupayaan tubuh.


Tindak balas senaman aerobic terhadap tubuh badan.

Semasa menjalani senaman aerobic, kita menggerakkan secara berulang-ulang kumpulan otot-otot yang besar pada tangan, kaki dan pinggul. Hasil dari pergerakan yang berulang-ulang ini, badan kita akan memerlukan oksigen yang banyak. Ini menyebabkan kita akan bernafas lebih cepat dan lebih dalam. Jantung kan berdenyut lebih laju dan akan meningkatkan aliran darah ke seluruh badan dan ke paru-paru untuk mengambil lebvih banyak oksigen. Salur darah halus (capillaries) akan terbuka lebih luas untuk membenarkan lebih banyak oksigen di serap dan di bawa ke otot-otot yang berkenaan seterusnya menyahkan hampas seperti co2 dan acid lactic dari system badan. Badan kita akan juga mengeluarkan `endorphins’, penghalang gejala sakit semulajadi yang meningkatkan rasa sihat.

Kesan Kesihatan hasil Senaman Aerobik


Menurunkan risiko serangan penyakit
Senaman aerobic boleh menurunkan risiko serangan penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, serangan angina ahmar dan beberapa jenis kanser. Senaman aerobic yang rengan seperti berjalan mengurangkan risiko perputan tulang.

Menguatkan Jantung.
Otot-otot jantung kan menjadi semakin kuat. Jantung yang kuat TIDAK SEMESTINYA berdenyut laju tetapi jantung yang kuat akan mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan.

Menambah Stamina.
Pada peringkat permulaan senaman aerobic akan memenatkan tetapi setelah menjalani beberapa latihan, stamina (dayatahan menjalani aktiviti) akan meningkat dan mengurangkan kepenatan.


  • Meningkatkan tahap DHL (Kolestrol Baik) di dalam darah
  • Mengurangkan tahap tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan tahap risiko serangan jantung
  • Menguatkan tulang, mengurangkan retak tulang dan risiko "OSTEOPOROSIS"




Di XCLUSIVE FITNESZ SHAH ALAM, Kami menyediakan kelas Aerobic 2 kali seminggu

RABU:8:30PM-9:30PM
JUMAAT:8:30PM-9:30PM





Apa Tunggu Lagi ??? Sertai Kami Di Xclusive Fitnesz Bertempat  Di Stadium Shah Alam, Persiaran Sukan Seksyen 13 . . .  JOM JOM JOM !!!

Faizal Xclusive Fitnesz

No comments:

Post a Comment