Tuesday, 29 April 2014

5 CARA MUDAH UNTUK MAKAN SECARA SIHAT by Farah XF

[5 CARA MUDAH UNTUK MAKAN SECARA SIHAT]

Selalunya yang menjadi masalah atau membuat kita merasa leceh untuk berdiet adalah hanya satu "MACAMANA NAK MASAK?"
Belum lagi start nak masak tapi sudah mula stress fikir macamana nak masak? Mahalnya bahan-bahan nak masak. sebenarnya MUDAH sahaja.
Hanya perlu berfikir secara kreatif, dalam bahasa English depa kata " Think outside the box" HEHE

Jangan berdiet secara mengejut. contohnya "I tak nak makan nasi lah, I x nak makan malam lah" Tak payah nak poyo dengan saya, sebab nanti kalau tengok orang lain makan nasi , kemain mengigil, Kan?

Kita ubah sikit-sikit lama-lama akan menjadi habit. Tak gitu?

1. Rajinlah Memasak. - Cuba kurangkan sikit makan diluar, Kalau dah berkahwin boleh minta Isteri tersayang untuk siapkan bekalan ke tempat kerja. Bagi mereka yang masih single, Sediakan makanan untuk esok pada malam sebelumnya. Bukan sahaja kita boleh mengawal makanan yang kita masukkan ke dalam badan, ianya bersih dan sekaligus boleh mengurangkan perbelanjaan untuk makan kat kedai mamak gitu.

2. Gantikan Minyak Masak anda! - Yang ini best sikit, Ganti minyak kepada Olive oil, Sunflower oil ataupun Air! Air?? ya! cuba try masukkan 2 sudu besar sekali masa nak tumis tu

3. Ucapkan selamat tinggal kepada Garam! - Wargh! kalau anda seperti saya ,Suka sangat makan savoury dan masin-masin camtu, memang dugaan paling tinggi untuk tinggalkan garam. Dulu kalau makan pizza orang bubuh tabesco sauce mahupun cheese, saya bubuh garam Tapi sekarang saya langsung tidak memasukkan garam dalam makanan saya. Tapi saya suka menggunakan lemon,blackpepper dan herbs. (blackpepper yang bulat2 bukan yang sauce) Juga jangan hairan kenapa saya tidak suka menambah gula dalam tea saya

4. Kurangkan Karbohidrat - Rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan makanan tengahhari seperti "NASI CAMPUR" Sedapkan? Ala-ala Buffet gitu. Saya pun suka. Tapi perlu diingatkan Nasi tidak perlu memenuhi pinggan anda, Cuba penuhkan dengan lauk dan sayur-sayuran. contohnya 20% karbohidrat , 50% Sayur-sayuran, 30% Protein. Trust me! You tak akan rasa lapar. Jangan beranggapan bahawa Kalau Nasi tak banyak nanti lapar. Kalau Tak bersenam dan bakar balik kalori nasi tu, nanti makin lama makin kembang spare tyre.

5. Jarangkan penggunaan Deep Fryer atau Frying pan - Ada banyak lagi cara untuk memasak seperti Grill, Tumis, Bakar, Rebus, ataupun Pressure cooker. Cuba elakkan masakan yang memerlukan minyak yang sangat banyak!

MUDAH KAN? Tak payah nak fikir sangat bahawa nak berdiet kena makan makanan mat salleh. TIDAK! Untuk bantuan selanjutnya, Rajin-rajin lah PM saya, Insyallah saya boleh membantu.

MOTTO saya "DIET ITU BUKAN BERLAPAR"

Farah Nadhirah
XF Dietician & Nutritionist
Tel No: 0132547295

No comments:

Post a Comment