Monday, 23 June 2014
MURAD ZAIDI'S FIT TIPS OF THE DAY : TURUNKAN LEMAK ATAU TURUNKAN BERAT BADAN?
[TURUNKAN LEMAK ATAU TURUNKAN BERAT BADAN?]
Ramai yang ingin turunkan berat badan tapi bukan fokus kepada menurunkan lemak. Hanya fokus dengan nombor yang menunjukkan berat badan. Tapi tahu tak anda berat badan anda bukan hanya dipengaruhi dengan lemak, tapi otot, tulang , kandungan bendalir dalam badan dan juga organ-organ dalaman.
Tapi yang menyebabkan seluar baju dah ketat adalah kerana, LEMAK yang berlebihan!
Apa perbezaan WEIGHT LOSS dan FAT LOSS?
Berat badan yang turun dengan drastik selalunya dipengaruhi oleh latihan senaman yang tidak betul dan 'crash' diet. Crash diet bukan sahaja terjadi bila menahan diri dari lapar dgn memakan biskut cicah milo, tapi juga bila bergantung dengan sejenis minuman untuk digantikan sebagai makanan. Contohnya produk MLM.
Kebanyakan kita suka akan "SHORTCUT" maka mula bergantung dengan produk yang kononnya boleh mengurangkan berat badan. contohnya : Krim yang disapukan ke badan, Pill yang di telan,minuman yang diminum, dan baju yang kononnya boleh menjanakan infrared yang membakar lemak.
Padahal, mereka yang menjual produk2 itu melakukan rejimen senaman dan diet yang sihat di samping menggunakan produk mereka.
KESAN - KESAN daripada WEIGHT LOSS (crash diet dan bersenam tidak betul)?
1. Menurunkan tahap kecergasan
2. Mengurangkan kekuatan badan
3. Prestasi yang lemah
4. Penuaan yang awal
5. Mengurangkan imuniti badan
Daripada fokus kepada weight loss, cuba fokus kepada FAT LOSS. Fat loss yang betul adalah dari Nutrisi diet yang betul dan rutin senaman yang betul dan berkesan.
KESAN - KESAN daripada FAT LOSS?
1. Meningkatkan tahap kecergasan
2. Meningkatkan kekuatan badan
3. Prestasi Puncak
4. Melambatkan proses penuaan
5. Mengurangkan risiko penyakit
Kena ingat bahawa tahap kesihatan kita banyak dipengaruhi dengan kandungan lemak dalam badan. Contohnya Darah tinggi, Sakit Jantung dan Obesiti yang membawa kepada Diabetes.
Sekarang ini? Anda inginkan WEIGHT LOSS atau FAT LOSS?
Kepada orang ke-3 terakhir comment sebelum 3:00 PM 26/6/2014 akan mendapat 1 sesi PERCUMA bersama MURAD ZAIDI
Strength & Honour,
-MZ-
No.1 High Performance Lifestyle & Fitness Coach
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment