Saturday, 5 July 2014
RAMADHAN MUSCLE DAILY TIP BY MURAD ZAIDI: DAY 7
[RAMADHAN MUSCLE DAILY TIP BY MURAD ZAIDI]
Salam everyone,
Hari ini saya ingin berkongsikan kepada semua apakah KEBAIKAN berpuasa selama sebulan di bulan RAMADHAN? Mungkin ada tahu tapi ada juga yang dikalangan anda yang tidak tahu kepada perlunya kita berpuasa.
kebiasannya seminggu sebelum berpuasa, mesti ada yang berkata "Alamak da nak puasa da ni , kena makan puas-puas nanti tak dapat makan sedap-sedap lagi" padahal, berbuka puasa mesti dapat makan makanan yang sedap seperti kuih pelita, nasi bryani, ayam percik, roti jhon dan bermacam-macam juadah lagi yang agak jarang dijamah jika dibandingkan dengan bulan-bulan biasa. SEDAP sgt tu!
Terdapat 5 KEBAIKAN UTAMA BERPUASA di bulan RAMADHAN:
1. Puasa Menggalakkan detoksifikasi
Sedar ataupun tidak, setiap hari kita makan bermacam-macam jenis makanan sama ada yang semulajadi seperti sayur-sayuran,dimana saya tahu ramai tidak mengemarinya, atau pun makanan yang sudah diproses yang penuh dgn pelbagai jenis bahan tambahan.
Ramai mempunyai Water Filter dirumah seperti coway etc kan? Mesti anda biasa dengan jadual filter untuk ditukar pada setiap beberapa bulan. Sama juga seperti badan kita, Kalau hari-hari kita bagi badan ini makan benda-benda tak elok, ia akan byk menganggu sistem pencernahan dan memberi keburukan kepada buah pinggang dan hati kita. Perlu di ingatkan bahawa buah pinggang dan hati TIDAK DIJUAL dimana-mana kedai.
2. Puasa membantu merehatkan Sistem Penghadaman
Sekali-sekala merehatkan perut itu elok juga, sedangkan kereta pun boleh rosak kalau selalu digunakan dan di bawa jauh serta jalan-jalan yang tidak elok, inikan pula perut kita.
Sekaligus dapat membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Puasa bagaimanapun tidak menghentikan pengeluaran asid dalam perut. Ini adalah sebab pesakit dengan ulser peptik adalah dinasihatkan untuk mendekati puasa dengan berhati-hati
3. Puasa Meningkatkan kadar pecahan Lemak
wah! ini berita baik kepada mereka yang ingin menguruskan badan! Berpuasa dapat membantu dalam memecahkan lemak, mari tingkatkan lagi dengan menyertai RAMADHAN FITNESS yang diadakan secara PERCUMA di XCLUSIVE FITNESZ.
Reaksi pertama badan untuk berpuasa adalah memecahkan glukosa. Apabila bekalan glukosa dalam badan telah habis, ketosis bermula. Ini adalah memecahkan lemak untuk membekalkan tenaga. Lemak yang disimpan di dalam buah pinggang dan otot dipecahkan untuk membekalkan tenaga.
4. Puasa membantu mengurangkan berat badan
Tapi ini tidak termasuk kepada mereka yang makan dengan jumlah yang tidak terkawal ketika berbuka puasa. Kalau anda makan dalam jumlah yang berpatutan. Ia dapat mengurangkan bekalan lemak dalam badan. Walau bagaimanapun puasa bukan strategi penurunan berat badan yang baik, perlu diingatkan anda perlu bersenam untuk seimbangkan aktiviti.
5. Puasa Menggalakkan diet yang sihat
Ia telah diperhatikan bahawa puasa mengurangkan keinginan untuk makanan yang diproses. Ia menggalakkan keinginan untuk makanan semula jadi, terutamanya air dan buah-buahan. Ini adalah satu cara berpuasa menggalakkan gaya hidup sihat.
Oleh itu, jangan mengeluh untuk berpuasa tetapi tempuhinya dengan gembira!
MURAD ZAIDI
No.1 High Performance Fitness & Lifestyle Coach
IFA Certified.
03-55139619.
#ramadhantips #ramadhandiettips #muradzaidi #xclusivefitnesz #ramadhanfitness #dietduringramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment