Showing posts with label faedah-faedah. Show all posts
Showing posts with label faedah-faedah. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

Kepentingan Sayur-Sayuran & Buah-buahan dalam Diet


KENAPA PERLU MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN?

Mereka yang makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat secara keseluruhan membantu dalam penurunan risiko untuk beberapa penyakit kronik. Sayur-sayuran menyediakan nutrien penting untuk kesihatan dan penyelenggaraan sistem dalam badan kita.
Kebanyakan sayur-sayuran secara semulajadi rendah lemak dan kalori. Tiada mempunyai kolesterol. (Sos atau perisa boleh menambah lemak, kalori, atau kolesterol.)


KEBAIKAN-KEBAIKAN 
  1. mengurangkan risiko penyakit jantung, termasuk serangan jantung dan strok.
  2. boleh mengelakkan risiko terhadap beberapa jenis kanser 
  3. mengurangkan risiko penyakit jantung, obesiti dan diabetes jenis 2.
  4. menurunkan tekanan darah, dan juga boleh mengurangkan risiko mendapat batu karang dan membantu untuk mengurangkan kehilangan tulang.
  5. berguna dalam membantu pengambilan kalori yang lebih rendah.
     
     
    Untuk lebih Tips berkaitan dengan Fitness dan Diet, sila rujuk kepada XF page kami di Facebook dan Twitter
     

Wednesday, 6 November 2013

Faedah-faedah Yoga

Faedah Dari Yoga Yang Konsisten



Tahukah anda apa itu senaman yoga? Yoga merupakan senaman yang berkaitan dengan pergerakan perlahan dan terkawal yang mampu melatih seluruh anggota badan. Senaman ini amat menitikberatkan kawalan di bahagian teras tubuh iaitu bahagian abdomen, pinggang dan tulang belakang. Ia juga memainkan peranan penting bagi mengawal pernafasan terutama ketika anda melakukan rutin senaman yang menggunakan pelbagai pergerakan.


Melalui pergerakan senaman yoga, anda bakal memperoleh manfaat seperti:
·         menambah kelenturan badan
·         membina otot-otot di bahagian teras
·         meningkatkan keseimbangan tubuh badan


Manfaat yang diterima secara tidak langsung dapat mengurangkan sakit sendi di bahagian bahu, leher dan pinggang. Pergerakan senaman yang perlahan dan lembut turut membuatkan senaman ini menjadi amalan golongan wanita termasuk wanita hamil. Pun begitu, ada juga pengamal yoga yang terdiri daripada golongan lelaki. Tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, amalan yoga patut dipraktikkan bersama dalam mencapai kesedaran mengenai tubuh badan.

Walaupun pergerakan senaman yoga nampak bersahaja, namun ia memerlukan fokus yang tinggi. Ini bagi memastikan setiap gerakan itu dilakukan sebaiknya dan tidak menyakiti tubuh anda. Selain itu, senaman yoga juga bermanfaat dari segi pembentukan postur badan yang betul. Amat mengagumkan apabila pengamal yoga dapat merasai aura ketenangan sekali gus mengurangkan tekanan ketika melakukan aktiviti tersebut.
Biarpun yoga dilihat sebagai senaman impak rendah, namun yoga turut berupaya membuatkan anda berpeluh. Dianggarkan senaman yoga yang dilakukan selama satu jam boleh membakar lebih kurang 240 kalori. Nilai ini sama seperti mereka yang berkebun selama satu jam, bermain bola tampar atau berjalan selama satu jam. Lebih menguntungkan, yoga bukan hanya meningkatkan kesihatan fizikal, malah ia turut menguatkan kesihatan mental.

So, Apa tunggu lagi ?? Jom sertai Kelas Yoga di Xclusive Fitnesz Shah Alam bertempat di Stadium Shah Alam Syeksen 13...

Berikut adalah jadual Kelas Yoga di Xclusive Fitnesz :-

  • Isnin : 08:00pm - 09:00pm
  • Rabu : 08:00pm - 09:00pm


Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 03-55139619