Showing posts with label fat loss. Show all posts
Showing posts with label fat loss. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

SIAPA INGIN TURUNKAN 5 KG LEMAK DI BULAN RAMADHAN TANPA RASA LETIH & TANPA MENGANGGU SOLAT TERAWIH?



***100% PERCUMA!! ***

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa, seperti tahun-tahun sebelumnya XCLUSIVE FITNESZ SEKALI LAGI ingin menganjurkan 30 HARI latihan senaman secara PERCUMA untuk orang awam iaitu, RAMADHAN FITNESS yang diketuai oleh MURAD ZAID (No.1 High Performance Fitness & Lifestyle Coach in Asia).

Program RAMADHAN FITNESS ini dapat membantu anda untuk mendapatkan hasil kecergasan yang terbaik pada bulan Ramadhan! Selalunya, ramai dikalangan kita mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan pada bulan ini, mungkin ada yang berjaya turun sebanyak 1-2 kg, gembira sebab muat pakai baju kurung lama tetapi, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah menurunkan berat otot dan bukan LEMAK!

Seperti soalan pertama saya tadi, siapa ingin menurunkan sekurang-kurangnya 5kg lemak dalam masa 1 bulan dan tanpa rasa letih ketika berpuasa & tanpa menganggu solat terawih anda?

Kami mempunyai KEPAKARAN dalam mendapatkan badan impian anda! Kami mempunyai KEPAKARAN dalam cara pemakanan sihat dan cara bersenam yang betul!

TAWARAN INI HANYA DIBUKA SEHINGGA 5HB JULAI 2014
Ingat bahawa KEKAYAAN PERTAMA ADALAH KESIHATAN!

Program ini dianjurkan untuk MEMBERI semula kepada orang awam. Anda hanya perlu SMS ke 0132547295 <Nama> <IC> atau PM saya untuk dapatkan maklumat lanjut.




‪#‎xclusivefitnesz‬ ‪#‎gyminshahalam‬ ‪#‎MuradZaidi‬ ‪#‎FitnessinShahalam‬ ‪#‎BootcampinShahAlam‬ ‪#‎fatloss‬ ‪#‎weightloss‬ ‪#‎TRXinShahAlam‬ ‪#‎AerobikinShahAlam‬

Tuesday, 24 June 2014

FARAH XF PERSONAL TRAINING TESTIMONIAL: ZALELA

One of the great feedback from one of my dedicated personal training client " Zalela"

The first time she met me was when she already given up on trying to lose weight as she tried a lot of methods etc going to a slimming centre, trying slimming products but not seeing the result.

After the 6th session training with me
Her weight drop from 63.1 KG to 61.7 KG
Fat % from 45.2 % to 43.8 %
Muscle % from 22.6 % to 23.3 %

Now, she dropped from size L to size M. She able to wear her old clothes without being it too tight.

For more info on PERSONAL TRAINING with ME,
PM me or TEXT me at 0132547295

Farah Nadhirah
Expert in Female body transformation & Nutritionist

                                                                       Tel No: 0132547295

Monday, 23 June 2014

MURAD ZAIDI'S FIT TIPS OF THE DAY : TURUNKAN LEMAK ATAU TURUNKAN BERAT BADAN?


[TURUNKAN LEMAK ATAU TURUNKAN BERAT BADAN?]

Ramai yang ingin turunkan berat badan tapi bukan fokus kepada menurunkan lemak. Hanya fokus dengan nombor yang menunjukkan berat badan. Tapi tahu tak anda berat badan anda bukan hanya dipengaruhi dengan lemak, tapi otot, tulang , kandungan bendalir dalam badan dan juga organ-organ dalaman.

Tapi yang menyebabkan seluar baju dah ketat adalah kerana, LEMAK yang berlebihan!

Apa perbezaan WEIGHT LOSS dan FAT LOSS?

Berat badan yang turun dengan drastik selalunya dipengaruhi oleh latihan senaman yang tidak betul dan 'crash' diet. Crash diet bukan sahaja terjadi bila menahan diri dari lapar dgn memakan biskut cicah milo, tapi juga bila bergantung dengan sejenis minuman untuk digantikan sebagai makanan. Contohnya produk MLM.

Kebanyakan kita suka akan "SHORTCUT" maka mula bergantung dengan produk yang kononnya boleh mengurangkan berat badan. contohnya : Krim yang disapukan ke badan, Pill yang di telan,minuman yang diminum, dan baju yang kononnya boleh menjanakan infrared yang membakar lemak.

Padahal, mereka yang menjual produk2 itu melakukan rejimen senaman dan diet yang sihat di samping menggunakan produk mereka.

KESAN - KESAN daripada WEIGHT LOSS (crash diet dan bersenam tidak betul)?

1. Menurunkan tahap kecergasan
2. Mengurangkan kekuatan badan
3. Prestasi yang lemah
4. Penuaan yang awal
5. Mengurangkan imuniti badan

Daripada fokus kepada weight loss, cuba fokus kepada FAT LOSS. Fat loss yang betul adalah dari Nutrisi diet yang betul dan rutin senaman yang betul dan berkesan.

KESAN - KESAN daripada FAT LOSS?

1. Meningkatkan tahap kecergasan
2. Meningkatkan kekuatan badan
3. Prestasi Puncak
4. Melambatkan proses penuaan
5. Mengurangkan risiko penyakit

Kena ingat bahawa tahap kesihatan kita banyak dipengaruhi dengan kandungan lemak dalam badan. Contohnya Darah tinggi, Sakit Jantung dan Obesiti yang membawa kepada Diabetes.

Sekarang ini? Anda inginkan WEIGHT LOSS atau FAT LOSS?

Kepada orang ke-3 terakhir comment sebelum 3:00 PM 26/6/2014 akan mendapat 1 sesi PERCUMA bersama MURAD ZAIDI

Strength & Honour,
-MZ-
No.1 High Performance Lifestyle & Fitness Coach

Wednesday, 20 November 2013

Obesiti di kalangan kanak-kanak


Gambar hiasan sahaja


Terdapat seorang daripada ratusan ribu kanak-kanak negara ini yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia, terdapat peningkatan 13.6 peratus kes obesiti di kalangan mereka.

Mereka turut menyumbang menjadikan Malaysia negara ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara. Hari ini, menurut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan itu meletakkan kita pada kedudukan nombor enam di Asia, mengalahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara tradisinya dianggap ‘negara gemuk.’
Menurut kajian itu juga, 2.6 juta rakyat kita digolongkan sebagai obes, dan hampir setengah juta rakyat di bawah 18 tahun yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Negeri yang paling tinggi kadar obesiti ialah Perlis (21.7 peratus), diikuti oleh Melaka (17.7), Selangor (17.1) dan Kelantan (16.2). Sabah berada pada kedudukan paling rendah kadar obesiti penduduknya (10.5 peratus) menjadikannya negeri yang paling sihat.

Hari ini 13 daripada 100 kanak-kanak di sekolah rendah di seluruh negara

Hal ini perlu ditangani segera. Kita harus memastikan obesiti tidak menjadi wabak kesihatan. Kesan jangka panjangnya cukup buruk, bukan sahaja bagi kanak-kanak itu tetapi kos kesihatan negara.

Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan diri mereka daripada teknologi multimedia dan diasak agar turun beriadah atau bersenam. Kawalan terhadap tabiat pemakanan mereka juga perlu diketatkan. Makanan yang mereka makan harus diawasi.

Oleh itu XCLUSIVE FITNESZ telah melancarkan program terbaru NOBESITY KIDZ (sila tekan utk keterangan lebih lanjut)
PROGRAM NOBESITY KIDS akan bermula pada bulan Disember ini selama 3 minggu! khas untuk mereka yang berumur 8 tahun hinggu 17 tahun bersempena dengan cuti sekolah.

sila hubungi 0355139619 untuk sesiapa yang berminat!

Suka Makan Nasi lemak!


Siapa yang suka makan nasi lemak untuk breakfast? hah! memang sedap! selalunya bila tanya kenapa makan nasi lemak pagi2? mereka jawab sebab "kena la makan nasi , supaya ada tenaga masa kerja/sekolah nanti" betul ! kita kena MAKAN untuk dapatkan tenaga TAPI! tak semestinya nasi untuk pagi! kita boleh makan oats, atau cereal atau pun english-style breakfast!

Tahu tak bahawa pengambilan PROTEIN yang TINGGI semasa BERSARAPAN membantu anda untuk mengurangkan berat badan?

Hasil penyelidikan dari experiment yang di jalankan di UNIVERSITY of MISSOURI, mereka yang mengamalkan pengambilan Protein yang tinggi ketika sarapan akan merasa lebih kenyang berbanding mereka yang mengamalkan protein rendah walaupun kandungan serat & lemak adalah sama.  Ini dapat membantu mereka mengawal selera makan & menghalang mereka dari terlebih makan pada waktu tengahhari!


cuba makan 2 biji telur dengan whole wheat bread pun boleh!

untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di XF FB atau FARAH XF