Wednesday 20 November 2013

Obesiti di kalangan kanak-kanak


Gambar hiasan sahaja


Terdapat seorang daripada ratusan ribu kanak-kanak negara ini yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia, terdapat peningkatan 13.6 peratus kes obesiti di kalangan mereka.

Mereka turut menyumbang menjadikan Malaysia negara ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara. Hari ini, menurut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan itu meletakkan kita pada kedudukan nombor enam di Asia, mengalahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara tradisinya dianggap ‘negara gemuk.’
Menurut kajian itu juga, 2.6 juta rakyat kita digolongkan sebagai obes, dan hampir setengah juta rakyat di bawah 18 tahun yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Negeri yang paling tinggi kadar obesiti ialah Perlis (21.7 peratus), diikuti oleh Melaka (17.7), Selangor (17.1) dan Kelantan (16.2). Sabah berada pada kedudukan paling rendah kadar obesiti penduduknya (10.5 peratus) menjadikannya negeri yang paling sihat.

Hari ini 13 daripada 100 kanak-kanak di sekolah rendah di seluruh negara

Hal ini perlu ditangani segera. Kita harus memastikan obesiti tidak menjadi wabak kesihatan. Kesan jangka panjangnya cukup buruk, bukan sahaja bagi kanak-kanak itu tetapi kos kesihatan negara.

Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan diri mereka daripada teknologi multimedia dan diasak agar turun beriadah atau bersenam. Kawalan terhadap tabiat pemakanan mereka juga perlu diketatkan. Makanan yang mereka makan harus diawasi.

Oleh itu XCLUSIVE FITNESZ telah melancarkan program terbaru NOBESITY KIDZ (sila tekan utk keterangan lebih lanjut)
PROGRAM NOBESITY KIDS akan bermula pada bulan Disember ini selama 3 minggu! khas untuk mereka yang berumur 8 tahun hinggu 17 tahun bersempena dengan cuti sekolah.

sila hubungi 0355139619 untuk sesiapa yang berminat!

No comments:

Post a Comment