Thursday 14 November 2013

Bersenam dalam 30 MINIT sehari sahaja dah cukup??

Bersenam bukan sahaja membantu anda dari segi fizikal tapi juga mental. Kajian mendapati bahawa bersenam sekurang-kurangnya 30 Minit sehari boleh membantu mengelakkan masalah KEMURUNGAN.

Pernah tak anda berjalan atau berjoging di pagi hari dan anda berasa tenang? Betul! Bersenam dapat membantu mood anda sepanjang hari menjadi semakin baik!
Masalah kemurungan kebanyakan di hadapi oleh mereka yang mempunyai kehidupan sibuk atau pun cenderungan dengan berhadapan dengan masalah-masalah, seperti kerja, dan dalam kehidupan peribadi. Kebanyakan orang lebih gemar mengendahkan sahaja masalah kemurungan mereka dan beranggapan ianya normal, tetapi jika masalah ini berlarutan ia akan membawa kepada kesan-kesan yang lebih teruk.

KESAN-KESAN SAMPINGAN Jika MASALAH KEMURUNGAN TIDAK DIRAWAT?
  1. Insomnia - kekurangan tidur menyebabkan badan berasa letih sepanjang hari, hilang fokus
  2. Penyalahgunaan dadah dan minuman keras - ini akan menyebabkan kesan buruk pada kesihatan seseorang dan boleh membawa maut
  3. Berat badan naik atau susut dalam keadaan mendadak dan konsisten
  4. Cepat berputus asa dan bersifat negatif
  5. Cubaan bunuh diri - tahap kemurungan dalam keadaan sangat bahaya
Oleh itu, jangan biarkan kemurungan menguasai anda, ELAKKAN masalah ini dengan bersenam selama 30 minit sehari! terdapat banyak jenis senaman yang boleh dilakukan ,antaranya berlari, mengangkat berat, aerobik, menari dan juga Yoga

di Xclusive Fitnesz, kami menyediakan kelas Yoga 2 kali seminggu;
Isnin: 8:00pm-9:00pm
Rabu:8:00pm-9:00pm

 Sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan ketenangan jiwa dan bersenam.

Hubungi kami di 03-55139619 untuk mendapatkan FREE TRIAL untuk kelas YOGA

No comments:

Post a Comment