Sunday 17 November 2013

DURIAN sesuai untuk POSTWORKOUT?


Hah! Jangan terkejut! Walaupun DURIAN terkenal dengan bau yang begitu kuat sehingga ianya dianggap menyalahi undang-undang untuk membawa durian ke tempat-tempat awam di Asia. contohnya Hotel, panggung wayang, kapal terbang dan sewaktu dengannya. Durian adalah salah satu buah-buahan eksotik yang sesuai di ambil sebagai POST WORKOUT CARBS!

Untunglah jika durian merupakan buah kegemaran anda! Tahu tak bahawa Durian mengandungi VITAMIN C yang tinggi? Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam "RECOVERY". Terdapat lebih kurang 80% daripada nilai harian anda ke dalam 357 kalori satu cawan hidangan.
 
Durian  juga penuh dengan vitamin-vitamin & mineral lain, seperti tembaga, mangan, Vitamin B6, & Thiamin, yang didapati  membantu untuk meningkatkan prestasi sukan. 

Durian mempunyai satu kelebihan yang dapat mengalahkan pisang! satu hidangan durian mempunyai lebih potassium berbanding dengan  pisang (1060 miligrams).

INFO NUTRISI DURIAN (1 CAWAN HIDANGAN):
1. KALORI: 357
2. PROTEIN: 4g
3. FAT: 13g
4. KARBOHIDRAT: 65g

P.s: confirm lepas ni , ada member gym bawa durian gi Xclusive Fitnesz kan? 


Article by: Farah XF

No comments:

Post a Comment