Tuesday 17 December 2013

DOMS day! ARGH!

Tak pernah workout, Sekali workout, SAKITNYA BADAN! Esoknya Jalan macam Zombi.
Jarang workout, Sekali workout, SAKITNYA BADAN! Esoknya MC dari kerja.
Selalu lari treadmill je, Sekali workout dengan Personal trainer, SAKITNYA BADAN! Esoknya Tak boleh bangun dari katil.


Normal tak? Kenapa Sakit Sangat ni? Muscle dah Koyak ke?

JAWAPAN:
NORMAL, MUSCLE TAK KOYAK,

Itu Namanya DOMS (Delayed onset muscle soreness) a.k.a MUSCLE FEVER 

APA ITU DOMS?

Sakit dan Ketegangan yang dirasakan pada otot-oto yang digunakan ketika buat senaman baru yang tak pernah dibuat, maksudnya yang tak biasa buat sebelum ni.

Sewaktu bersenam, badan kita akan membakar Karbohidrat dalam badan untuk digunakan sebagai FUEL(Tenaga). Ketika proses ini berlaku, Lactic acid akan menganggu pembentukan Actomysosin dan aktiviti Glycolytic Enzyme akan menyebabkan keletihan.

SIAPA YANG AKAN MENGALAMINYA? 

SEMUA ORANG, termasuk orang baru berkenalan dengan dunia senaman yang sebelum ni tak pernah bersenam , selepas buat senaman intensiti tinggi, atau senaman jenis baru yang tak pernah dibuat sebelum ni

"SAKITNYA..BERAPA HARI AKAN RASA MACAM NI?"

Kesakitkan  biasanya akan bermula selepas kita tidur (pada hari yang kita bersenam) ataupun kadang-kadang pada hari ke-2. Ianya akan dirasai selama 24 jam - 72 jam. Bergantung dengan keadaan badan seseorang.

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH & MENANGANI DOMS?

PENCEGAHAN & MENANGANI
  • STRETCHING - Stretching ataupun Regangan badan adalah penting sebelum bersenam, dan selepas bersenam. Ini akan dapat membantu mengurang risiko DOMS 
  • KAFEIN - Minum secawan atau dua minuman berkafein seperti coffee atau supplement, sebelum workout untuk meningkatkan kekuatan otot dan endurance serta mengurangkan sakit otot
  • PRE WORKOUT SNACK - Makan ringan sebelum bersenam, makanan mestilah rendah lemak dan tinggi dengan karbohidrat dan protein.
  • JANGAN BERHENTI BERGERAK - Ketika bersenam, dan rehat dalam masa bersenam jangan berhenti bergerak, untuk memastikan darah bergerak dengan lancar untuk membaiki otot yang sakit
  • MINUM AIR -  Jangan lupa Minum Air sepanjang bersenam dan selepas bersenam untuk memastikan badan hydrated. 
  • MANDI SEJUK -  Pastikan anda mandi(COLD SHOWER) selepas bersenam untuk menggurangkan keradangan pada otot, atau ICE BATH (ini dapat membantu mengurangkan kesakitan otot sebanyak 20%
  • URUT - Dapatkan khidmat urutan professional (Sport Massage), atau dari isteri-isteri tersayang untuk mengurangkan sakit-sakit otot  

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang DOMS, hubungi 0355139619 dan dapatkan khidmat Consultation PERCUMA dengan Trainer kami.

No comments:

Post a Comment