Thursday 19 June 2014

Food for Thoughts: Almonds


[Food for Thoughts: Almonds}

Selalunya, bila kita stress, kita mula mencari ketenangan dan kegembiraan melalui makanan. COMFORT FOOD. Saya pun sama juga, bila murung ataupun stress teramat, masa tu juga la saya rasa mcm nak makan tu, nak makan ni, asyik nak mengunyah je.

Tapi kalau makan benda yang salah, nanti makin stress pula sebab badan da naik! 어떡해?!

Jom kunyah-kunyah dan telan-telan kacang Almond! Almond dapat membantu mengurangkan stress kerana ia tinggi dengan Vitamin B2 dan E yang mempengaruhi immune system ketika tertekan atau pun stress.

Makan sebanyak 1/3 cup kacang almonds setiap hari dan rasai perbezaannya. kalau penat sangat nak mengunyah kacang hari-hari, beli almond butter makan dengan buah seperti apple atau yang lain-lain.

Mahalnya almond... mesti korang fikir camtu kan? Hah! Beli borong kat kedai jual bahan-bahan untuk bakery. sangat murah!

XoXo
Farah XF
Certified Nutritionist & Female Personal Trainer

No comments:

Post a Comment