Anda ada masalah berat badan??? Anda ingin kurangklannya secara sihat tapi tidak tahu bagaimana caranya??? Ikuti tips-tips yang akan membantu anda...
1- Anda perlu tahu apa yang anda inginkan
Apa yang anda impikan? Anda perlu tahu apa yang anda inginkan dengan bentuk badan anda untuk anda mengetahui apa yang perlu anda lakukan. Berat ideal dengan ketinggian anda adalah yang terbaik. Rujuk carta dibawah untuk anda mengetahui berat ideal anda dengan ketinggian anda.
2- Pilih makanan yang berkhasiat
Makanan harian adalah sumber penting untuk tubuh kita. Oleh itu anda perlu mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Carta dibawah boleh boleh membantu anda untuk memilih makanan yang perlu anda ambil harian.
3- Minum air
Air adalah sebahagian besar dalam tubuh kita. Oleh itu kita perlu banyakkan meminum air mineral dengan banyak. Ia dapat membantu dalam pemprosessan pembuangan bahan toksik dalam badan kita.
Membantu sistem pencernaan kita membuang bahan-bahan sampingan dalam tubuh. Dan ia juga membantu mengekalkan struktur tubuh kita.
4- Aktiviti fizikal
Tingkatkan aktiviti fizikal harian. Dengan adanya aktiviti fizikal harian, tubuh kita sentiasa melakukan aktiviti yang akan menyihatkan tubuh. Oleh itu, ia sekaligus dapat membakar kalori dan mengurangkan berat secara perlahan tanpa memberi kesan negatif pada tubuh kita.
5- 'Workout Program'
Lakukan 'workout program' harian anda samada dirumah atau anda ke gymnasium. Anda juga perlu mendapatkan nasihat dari pakar sebelum anda melakukan 'workout' supaya ia tidak memudaratkan anda jika anda baru ingin menjinakkann diri dengan aktiviti bebanan ini. Kemudian pilih program yang bersesuaian dengan kemampuan anda di permulaan program. Apabila kita melakukan senaman atau 'workout' banyak kalori terbakar dan ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak dalam tubuh.
6- Elakkan mengambil sebarang pil-pil kurus
Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam pil-pil kurus akan memberi kesan yang memudaratkan kesihatan anda pada masa akan datang. Masa tua anda mungkin, kerana jangka hayat sesuatu itu kita tidak mengetahuinya. Kebanyakkan pil-pil kurus ini hanya akan membuang semula apa yang telah anda makan, bukannya ia membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh anda.
Jadi apa yang anda inginkan adalah apa yang ada dalam diri anda. Anda perlu memotivasikan diri anda untuk anda mencapai kejayaan anda.